Wednesday, 27 April 2016

BIOGRAFI USAHAWAN BERJAYA

Biography A’tikah Ash’ri

A’tikah Binti Ash’ri, 29 tahun, anak kedua daripada tiga beradik ini berasal daripada Pahang. Beliau merupakan seorang pemilik butik jenama Radiusite. A’tikah Ash’ri lebih gemar digelari sebagai Ika. Ika mempunyai kelulusan dalam Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Pelancongan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Menurut Ika, beliau bermula berniaga secara suka-suka semasa tahun tiga di UiTM Shah Alam. Berbekalkan modal kecil sebanyak RM500 untuk memulakan perniagaan, Ika dan suami gigih mencari dan membeli pelbagai fesyen tudung terbaru di sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR), Kuala Lumpur. Ketika itu ialah peluang terbaik beliau untuk berjaya dalam usahawan kerana faktor tiada banyak pesaing tudung. Lama-kelamaan, jenama tudung ini mendapat perhatian oleh wanita kerana ramai yang menggemari fesyen tudungnya.

Ika berniat mengembangkan perniagaannya setelah perniagaan tudungnya telah digemari ramai, malah dikenali ramai. Akhirnya, beliau menjadi salah seorang usahawan yang berjaya dan berjaya mengaut untung yang banyak walaupun dalam usia beliau yang masih muda. Radiusite kini mempunyai empat cawangan iaitu di Shah Alam, Rawang, Johor Bharu dan Kuala Lumpur.

Ciri-ciri Keusahawanan A’tikah Ash’ri

1)    Daya Pemerhatian ( Observant )
Tajam Daya Permerhatian (Observant), ialah satu daripada ciri yang ada pada diri A’tikah Ash’ri. Beliau mampu melihat dan mengambil peluang yang ada serta mampu untuk manganalisis, merumus dan mangambil tindakan terhadap peluang yang ada untuk memastikan perniagaan yang diusahakannya berjaya. Beliau tidak akan melepaskan peluang yang boleh membawa keuntungan kepada organisasinya begitu sahaja malah beliau akan terus cergas dan giat untuk merealisasikan sesuatu perkara yang ingin dicapai dalam perniagaannya. Usahawan yang memiliki ciri ini dikatakan seorang yang unik kerana mampu melihat masa depan yang lebih jauh demi memastikan kelangsungan dan kemajuan perniagaannya melalui peluang yang bakal diambil.

Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat kepada kebijaksanaan beliau mengambil peluang dalam bidang penjualan tudung memandangakan bidang ini tidak mempunyai persaingan yang tinggi kerana masih tidak ramai usahawan yang menceburkan diri dalam bidang penjualan tudung pada ketika itu dan ramai penggemar tudung yang menghadapi masalah bagi mendapatkan tudung yang mengikut peredaran fesyen terkini. Dengan berbekalkan modal permulaan sebanyak RM500, Puan A’tikah dan suaminya giat dan cergas mengusahakan perniagaan mereka dengan membeli pelbagai jenis tudung yang beraneka fesyen di serata kedai bagi merebut peluang dalam bidang penjualan tudung pada ketika itu.

Dapat disimpulkan bahawa beliau mempunyai sifat tajam daya pemerhatian yang sangat baik kerana bijak merebut peluang menceburi bidang perniagaan tudung yang pada awalnya masih tidak ramai pesaing dan berjaya menyelesaikan masalah para penggemar tudung dengan menjual pelbagai jenis tudung beraneka fesyen an memenuhi cita rasa para pengguna. Akhirnya, Puan A’tikah Ash’ari berjaya mencipta nama dalam bidang penjualan tudung dan beliau juga berjaya meluaskan empayar Radiusite sehingga kini Radiusite mempunyai tiga cawangan di Rawang, shah Alam dan juga Johor Bharu.

2)    Sanggup mengambil risiko ( Open Risk Taker )
A’tikah Ash’ri mula berani mengambil risiko dengan mengambil stok tudung yang banyak dari jalan TAR. Beliau telah mengambil satu jenis tudung sebanyak 20 kodi atau 400 helai tudung. Beliau berani mengambil stok sebanyak itu kerana permintaan yang tinggi daripada pelanggan. Bagi Ika demand yang tinngi sangat lah penting untuk memajukan sesebuah perniagaan dan untuk mencapai sasaran perniagaan.

Walaupun dalam keadaannya yang masih bergelar seorang pelajar ketika itu dia sanggup mengambil risiko dengan meluangkan masa belajarnya untuk membuat jualan secara online. Bukan sahaja sebagai seorang pelajar malah pada masa yang sama beliau juga memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri.

3)    Rangkaian kerja ( networked )
Dalam perniagaan, jaringan kerja sangat penting untuk mengembangkan sesebuah perniagaan. Menurut Ika, beliau mempunyai ramai kenalan di dalam bidang perniagaan ini. Antara kenalan beliau ialah Puan YAna, iaitu pemilik Butik Calaqisya, CEO dan COO Mood Republik Kimi dan Yusri. Mereka saling bersatu dan sentiasa berbincang mengenai perniagaan, keadaan ekonomi, masalah-masalah yang timbul dan banyak lago aspek yang lain. Daripada itu, selain daripada dapat ilmu, menurut Ika beliau juga dapat sokongan moral di antara satu sama lain. Menurut Ika, walaupun dia dan Yana adalah pesaing, tapi mereka tidak mempunyai masalah. “Dia dengan produk dia, saya dengan produk saya” kata Ika. Malah mereka juga saling berkongsi idea.

Hubungan dengan pembekal juga sangat penting bagi Ika. Ia nya sangat penting untuk mendapatkan tempoh kredit. Apabila dapat tempoh kredit daripada pembekal ia dapat memberi banyak kelebihan kepada perniagaan, ia juga dapat perbesarkan modal tanpa membuat pinjaman. Antara cara beliau membuat baik dengan pembekal ialah dengan tidak membayar lambat, menunjukkan prestasi perniagaan yang bagus. Bila dapat tempoh kredit jangan lengah-lengah kan pembayaran, dapat je duit terus bayar hutang.

Hubungan dengan pihak media juga penting dalam perniagaan di mana mereka akan tolong memperkenalkan perniagaan dalam tv, surat khabar, majalah dan sebagainya.

Menjalinkan hubungan dengan pelanggan juga sangat penting. Kerana tanpa mereka tiada untuk membeli produk yang dikeluarkan. Apa yang Ika lakukan adalah, jaga pelanggan yang sedia ada, kerana jaga mereka lebih murah kosnya berbanding pelanggan baru yang perlu dicari dengan kos pemasaran yang baru. Dalam masa yang sama Ika juga sentiasa mencari pelanggan yang baru, sasarannya adalah untuk menambah pelanggan dalam masa sama tidak hilang pelanggan yang sedia ada. Bagi Ika untuk menjaga pelanggan yang sedia ada adalah dengan cara bagi free gift, diskaum, membership card, kupon untuk pembelian seterusnya dan banyak lagi. Ika juga sering melati staff beliau untuk sentiasa mesra dengan pelanggan dan jaga kualiti perkhidmatan yang diberikan.

4)    Berwawasan ( Visionary )
Ika berwawasan dalam mengumpul pelbagai fesyen tudung terbaru disekitar Jalan Tunku Abdul Rahman untuk memulakan perniagaan secara online. Dunia perniagaan secara ketika itu masih dianggap baru dan terdapat beberapa individu sahaja yang menjual tudung. Disebabkan ika sentiasa memuatkan naik fesyen terbaru tudung di internet, maka ramai yang tertarik untuk membeli. Keuntungan yang diterimanya adalah dua kali ganda daripada modal yang dilaburkan. Sebagai pelajar yang baru berjinak dalam dunia perniagaan, pulangan ribuan ringgit memberikan kepuasan dan membuatkan dia ingin terus berusaha memantapkan lagi Radiusite.

5)    Proaktif ( Proactive )
Biarpun menjalankan bisnes menerusi internet kelihatan mudah tapi bagi Ika dan pasangannya, mereka perlu menguruskan segala-galanya tanpa mengenal waktu. Adakala mereka bertungkus-lumus membungkus membungkus lebih 200 bungkusan sehari dan memastikan setiap alamat dicatatkan dengan betul supaya barang yang dipesan oleh pelanggan sampai dengan selamat.
Mengenai cabaran menceburi perniagaan online, Ika memberitahu secara keseluruhannya tidak banyak kesulitan kecuali ada pelanggan yang agak cerewet selain masalah yang sama seperti dihadapi NurHafiza iaitu pelanggan tidak memaklumkan status tempahan. “Apabila pelanggan membuat tempahan, biasanya kami akan tunggu pngesahan, nak jual pada orang lain tak sampai hati. Tapi masalahnya ramai yang buat tempahan kemudian hilang tanpa membatalkan tempahan.”

1 comment:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete