Tuesday, 26 April 2016

CIRI-CIRI USAHAWAN

PENGENALAN

Keusahawanan adalah ciri-ciri yang dimiliki oleh seseorang yang berusaha mengenalpasti sesuatu peluang perniagaan dan berusaha merebut peluang itu. Usahawan boleh ditakrifkan sebagai individu yang mengusahakan perniagaan sehingga mendapat keuntungan dan mempunyai amalan strategik untuk terus berjaya. Pengalaman dan pengetahuan yang dimiliki oleh usahawan membolehkan mereka melihat, menganalisis dan merebut peluang-peluang perniagaan yang tidak dapat dilihat oleh orang lain. Tugasan ini membincangkan mengenai ciri-ciri yang berkaitan dengan usahawan yang berjaya. Ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki akan menjurus mereka untuk menjadi lebih yakin serta lebih bersedia untuk merebut peluang serta berhadapan dengan cabaran.
1)    Rangkaian (Networked)

Rangkaian adalah salah satu ciri keusahawanan yang bukan sahaja terlibat secara dalaman tetapi juga melibatkan sesuatu yang di luar individu itu sendiri iaitu sambungan atau hubungan dengan seseorang. Rangkaian memainkan peranan penting untuk kejayaan usahawan. Hubungan yang yang dapat memberi usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka dengan idea-idea baru yang diberikan oleh pihak lain di dalam keusahawanan. Hubungan rangkaian yang baik membolehkan mereka mendapat sokongan dan kerjasama dari lingkaran rangkaian.

       Membina hubungan yang berasaskan nilai merupakan ciri-ciri keusahawanan yang sangat bermakna. Ini kerana rangkaian membawa kepada peluang perniagaan dan hubungan jangka panjang yang saling menguntungkan. Oleh itu, setiap usahawan perlu membina kemahiran rangkaian, ini kerana ia menjadi pemangkin kepada pencapaian sasaran dan objektif perniagaan.


      Contoh usahawan yang mengaplikasikan ciri ini dalam perniagaan beliau ialah Ananda Krishnan, Pengerusi dan CEO Usaha Tegas Group Holdings Bhd dan pengasas Maxis. Beliau menjadi terkenal dengan membantu untuk menganjurkan konsert Live Aid dengan Bob Geldof pada pertengahan 1980-an. Beliau juga mula membina empayar multimedia yang kini termasuk dua syarikat telekomunikasi iaitu Maxis Communication, MEASAT Broadcast Network System dan SES Dunia Skies dan mempunyai tiga satelit komunikasi bumi.

2)    Mengambil Risiko Terbuka ( Open Risk Taker )

Definisi mengambil risiko terbuka adalah seseorang atau sesuatu entiti berpotensi untuk mengambil risiko yang akan menyebabkan ancaman fizikal atau kerugian kewangan tetapi juga mewujudkan kemungkinan untuk mendapatkan keuntungan. Di dalam dunia perniagaan yang semakin sengit ini, risiko memainkan peranan penting dalam pembangunan diri usahawan. Secara teori, semakin tinggi sesuatu risiko, semakin besar pulangannya. Seseorang usahawan harus membuat penilaian dan pertimbangan terhadap risiko kerana risiko yang terhitung menjamin pulangan yang selamat.


            Contoh usahawan Malaysia yang mengaplikasikan ciri-ciri usahawan ini adalah Tan Sri Lim Goh Tong yang merupakan pengasas dan presiden seumur hidup kumpulan GENTING. Beliau merupakan seorang usahawan terkaya di Malaysia dan Asia pada tahun 2005 dengan kekayaan RM421.60 bilion. Sebelum memulakan perniagaannya, beliau mempunyai hasrat yang kuat untuk membuka perniagaan. Beliau meyatakan bahawa jika tidak berani, hasrat untuk memulakan perniagaan harus dilupakan. Kemunculan pusat pelancongan bertaraf dunia itu adalah hasil idea beliau yang dianggap gila suatu ketika dahulu sehingga ramai yang mengatakan pelaburannya tidak menjanjikan pulangan modal. Walau bagaimanapun, beliau menyahut cabaran bekerja dua syif seminggu bersamaan 24jam sehari untuk menjimatkan kos. Beliau juga menjadi orang pertama yang sampai ke tempat kerja dan menjadi orang terakhir yang pulang dari tempat kerja. Beliau juga mementingkan perasaa pekerjanya kerana pekerjanya adalah aset yang paling berharga.

            Kini, Genting First World Hotel telah menjadi sebuah hotel terbesar di dunia. Oleh itu, terbuktilah bahawa Tan Sri Lim Goh Tong merupakan seorang usahawan yang mengambil risiko terbuka demi mencapai apa yang dihajati.

3)    Pemerhatian (Observant)

Teliti atau tajam penglihatan adalah memberi tumpuan kepada segala yang berlaku di sekeliling kita. Ia adalah satu proses mengumpul maklumat dengan melihat atau pemerhatian tingkah laku dan teliti dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Usahawan perlu prihatin dan teliti dengan masalah-masalah yang berlaku di dalam masyarakat sekeliling.


       Contoh usahawan ialah Dato’ Yusof Haslam yang merupakan pengarah filem yang terkenal di Malaysia. Selain kerjaya beliau sebagai seorang pengarah filem, drama, penulis skrip dan pelakon, Dato’ Yusof Haslam juga Pengarah Urusan di Skop Production.  Datuk Yusof Haslam adalah seorang pengarah yang cukup prihatin dan teliti dengan masalah-masalah sosial di kalangan remaja dan juga masyarakat kota. Beliau menggunakan konsep tajam penglihatan atau peka terhadap isu sekeliling. Dalam filem-filemnya sering digambarkan kemelut remaja kota, kehidupan remaja yang terbiar, keluarga yang bermasalah dan juga keluarga yang ketat memberikan perlindungan kepada anak-anak remaja. Pendek kata, dalam filem-filem Yusof kita akan didedahkan dengan segala permasalahan itu dan nasihat-nasihat serta cara-cara untuk mengatasinya.

      Dengan itu terbuktilah bahawa ciri yang diamalkan oleh Datuk Yusof Haslam ini membuahkan hasil dan menjadikan beliau seorang usahawan perfileman yang berjaya di Malaysia. Negara kita perlu berbangga dengan adanya usahawan begini dan berharap agar lahirnya usahawan baru di masa yang akan datang.

4)    Berwawasan ( Visionary )

            Usahawan yang berjaya akan merancang dan menetapkan segala matlamat dan wawasan usahanya secara sejajar dengan wawasan kerajaan. Uasahawan akan sedaya upaya berusaha untuk mencapa matlamat dan wawasan perniagaannya itu bagi membolehkan beliau menjadikan perniagaannya termasyhur dimata rakyat. Usahawan yang mempunyai matlamat dan wawasan memperlihatkan bahawa beliau juga mempunya impian yang ingin dicapai pada masa hadapan. Dalam menetapkan matlamat dan wawasan, usahawan memerlukan penelitian dan kajian yang rapi serta mempunyai kecekapan dari segi pemikiran.Mereka perlukan peka kepada kemampuan dari sudut dalam dan luaran organisasi.

            Usahawan yang berwawasan akan mempunyai keupayaan yang tinggi untuk mengesan peluang keemasan serta dapat berfikir sesuatu secara kreatif dan inovatif ( Zafir, 2003 ). Antara usahawan yang berwawasan di Malaysia adalah Jimmy Choo yang merupakan usahawan terkenal dengan kasut yang bergaya dan eksklusif. Beliau merupakan tukang dan pereka kasut yang mahir.

            Jimmy Choo seorang yang berwawasan dalam mencari peluang dan berfikiran jauh kerana beliau sering membuat rundingan dengan pihak-pihak luar mengenai cita-rasa mereka bagi menghasilkan rekaan yang terbaik. Bagi Jimmy Choo, kesungguhkan dalam mengharungi pelbagai rintangan serta cabaran merupakan langkah permulaan kejayaan beliau. Wawasan yang jelas merupakan kejayaan beliau dalam Jimmy Choo Ltd di persada antarabangsa. Wawasan dalam diri sangat penting dalam kehidupan individu untuk mencapai kejayaan.

5)    Kegagalan Adalah Satu Pilihan ( Failure is an Option)

Semua usahawan pada masa kini lebih mengutamakan keuntungan yang diperoleh dan tiada seorang pun yang inginkan kegagalan dalam perniagaan yang diusahakan. Kegagalan adalah satu pilihan bermaksud jika seorang ingin berjaya pada masa hadapan dia hendaklah bijak dalam membuat pilihan. Sebenarnya, kegagalan merupakan langkah awal bagi seorang usahawan untuk berjaya dan berkembang maju. Kegagalan merupakan kejayaan yang tertunda atau dalam erti kata lain kegagalan adalah permulaan kepada kejayaan. Malah kegagalan dalam perniagaan sekiranya dipandang dari sudut yang positif dapat dijadikan sebagai satu motivasi pembakar semangat untuk meneruskan usaha membangunkan semula perniagaan yang telah mengalami kegagalan. Jadi, seorang usahawan haruslah berusaha bersungguh-sungguh dan sangup menghadapi kegagalan supaya dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan lebih berkesan.


Contoh usahawan yang menggambarkan sifat kegagalan adalah satu pilihan ialah pengasas KFC iaitu Colonel Harland David Sanders atau lebih dikenali sebagai Colonel Sanders. Beliau terpaksa menamatkan persekolahannya di Gred enam setelah ibu bapanya meninggal dunia. Selepas berhenti sekolah, beliau telah memulakan kehidupan baru dengan bekerja sebagai petani, pembantu tukang besi, penjual tayar, penjual insurans, dan operator servis minyak bagi menyara hidup diri dan adik-beradiknya. Pada tahun 1930, Colonel Sanders yang berumur 40 tahun  mula memasak bagi pengembara lapar yang singgah di stesen minyak untuk mengisi minyak di Corbin. Bakat memasak beliau yang luar biasa telah menyebabkan makanan yang dimasak oleh beliau semakin popular di kawasan sekitar. Malahan, beliau juga mula memasak kepada penduduk yang sibuk bekerja atau tidak ada masa untuk memasak bagi memenuhi permintaan penduduk setempat. Hal ini secara tidak langsung dapat mengembangkan lagi perniagaan Colonel Sanders yang dinamakan sebagai “Kentucky” di Pekan Corbin. (Success story of Colonel Sanders KFC. (n.d.).  )

Selepas  pembinaan lebuh raya yang baru di kawasan Cabin, jumlah pengembara semakin berkurangan dan secara langsung telah menjejaskan perniagaan Colonel Sanders. Pada umur 65 tahun, Colonel Sanders telah menggunakan duit pencennya bagi mempromosikan resepi masakan ayam goreng nya ke restoran-restoran untuk dijadikan perniagaan yang berbentuk francais. Beliau tetap tidak berputus asa dan menjadikan kegagalan sebagai pengajaran untuk memperbaiki resepinya setelah ia ditolak sebanyak 1009 kali oleh restoran-restoran lain. Hal ini dapat dilihat melalui semangat beliau yang tidak mudah berputus asa sentiasa berusaha untuk mengubah resepinya menjadi lebih baik dari segi rasa masakan ayam tersebut dengan menggunakan strategi-strategi yang berkesan dan idea-idea yang kreatif.

Setelah berjuang selama dua tahun, akhirnya resepi masakan ayam beliau diterima oleh orang ramai. Hal ini telah membuktikan bahawa Colonel Sanders yang kali pertama kali gagal tidak semestinya akan gagal buat kali keduanya. Dan hasilnya beliau dapat membuka sebanyak 600 francais KFC di seluruh Amerika Syarikat dan di Kanada serta memiliki lebih dari 18 000 outlet yang tersebar di 120 negara dengan penghasilan 15 juta dolar setiap tahun. (Success story of Colonel Sanders KFC. (n.d.))

Kesimpulannya, seorang usahawan yang berjaya dalam perniagaannya bukanlah sesuatu yang mudah kerana setiap perjalanan pasti ada cabaran dan dugaan yang harus mereka hadapi. Walaupun perjalanan itu sukar dan berliku, mereka haruslah berusaha dan tidak berputus asa untuk bangun semula supaya apa yang telah dilakukan itu tidak menjadi sia-sia dan membuang masa. Justeru, jika mereka bersabar dan meneruskan perjuangan mereka, maka tidak mustahil impian mereka akan tercapai.

6)    Budaya Terbuka ( Open Culture )

Budaya terbuka dalam konteks keusahawanan ialah seorang usahawan yang dapat bersikap terbuka atau mempunyai tingkah laku yang baik terhadap para pekerja dan juga pelanggannya. Sikap terbuka yang dimaksudkan adalah dengan memberi dan menerima segala cadangan dan aduan dengan fikiran yang positif agar dapat memperbaiki kekurangan yang ada dalam syarikat tersebut. Seseorang usahawan bukan sahaja harus bersedia  mendengar pandangan atau idea daripada individu yang berjawatan tinggi, malah pandangan pekerja bawahan atau pekerja lebih muda juga harus diambil kira dalam membuat sesuatu keputusan. Hal ini akan dapat merangsang peningkatan jualan apabila sesuatu produk yang dihasilkan di tambah baik fungsi penggunaannya dan sesuai dengan perkembangan zaman yang moden.


Seorang usahawan berjaya yang bernama Tuan Hj. Khazali Yahya, pengusaha perabot yang hanya bercita-cita pada mulanya telah menjadi kenyataan. Beliau berasal daripada keluarga yang serba kekurangan dan terpaksa berhenti sekolah beberapa kali akibat kesusahan yang ditanggung oleh keluarganya. Setelah tamat tingkatan tiga, beliau menerima pelawaan untuk bekerja bersama kenalan bapanya dari Alor Setar yang bernama Pak Omar. Beliau mula mempelajari selok-belok pembuatan perabot bersama Pak Omar selama dua tahun sahaja sebelum bertukar pekerjaannya ke sebuah kilang di Guar Cempedak selama 10 tahun. Apabila beliau telah mendapat pengalaman dan ilmu tentang pembuatan perabot, beliau membuka sebuah bengkel perabot sendiri dengan nama Khazali Perabot.

Sikap budaya terbuka Tuan Hj. Khazali Yahya dalam perniagaannya dapat dilihat apabila beliau menerima bantuan daripada agensi kerajaan untuk mengembangkan lagi perniagaan perabotnya. Beliau tidak pernah putus asa dan telah menggunakan khidmat nasihat yang diberikan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) untuk membuat promosi serta sebagai bantuan kewangan kepadanya. Beliau berhasrat untuk menjadikan kesemua pekerjanya sebagai usahawan, sama sepertinya. Ini menunjukkan bahawa beliau sanggup memulakan perniagaan hanya dengan berbekalkan modal yang kecil dan kini telah berjaya mengembangkan perniagaan perabotnya. “saya rasa sangat bersyukur dan berterima kasih atas sokongan yang diberikan oleh MTIB. Tanpa pertolongan mereka, saya tidak mampu untuk sampai ke peringkat yang lebih tinggi”, katanya.

Menurut satu sumber, Khazali Perabot mempunyai kelebihannya yang tersendiri dimana kesemua perabot yang ada di situ dibuat dengan kreativiti masing-masing dan yang paling penting mestilah mengikut peredaran zaman. Perabot yang dihasilkan juga adalah berdasarkan tempahan pelanggan dan ada kalanya pelanggan tersebut akan datang sendiri ke syarikatnya untuk membincangkan tentang rekaan yang diminati sebelum bertanyakan harga perabot tersebut.

Jelaslah bahawa harga bukan pengukur bagi sesuatu produk yang dihasilkan tetapi sentuhan halus daripada pembuatnya yang menyebabkan para pelanggan sanggup untuk membayarnya. Justeru, sebagai ketua atau pengurus syarikat tersebut, contoh yang baik perlu ditonjolkan kepada para pekerja agar mereka dapat bekerja dalam keadaan yang cekap dan efisien di samping menjadi teladan yang baik.

7)    Berorientasikan Hasil ( Outcome Oriented )

Berorientasikan hasil membawa maksud ciri persendirian seseorang yang menilaikan kejayaan dan kegagalan berasaskan hasil yang ada pada akhirnya, mereka lebih mementingkan pencapaian matlamat yang ditetapkan pada awalnya berbanding dengan proses untuk mencapai hasil tersebut. Seseorang yang mempunyai ciri ini menumpukan sepenuh tenaga dalam mencapai matlamat dan tidak mudah dipengaruhi olen perkara lain dalam perjalanan menrealisasikan matlamatnya. Usahawan yang berorientasikan hasil sentiasa menitik beratkan standard dan mutu pekerja yang tinggi nilainya yang akan mendapat kelebihan daya saing dengan pesaing yang lain dalam sektor yang sama yang boleh mendatangkan hasil yang lumayan. Hal ini disebabkan pengguna sentiasa mememerhati dan mengkaji serta membandingkan kualiti sesuatu produk sebelum memilikinya.


Contoh usahawan wanita yang berjaya dalam menarik perhatian pengguna terhadap produk dan barangan yang di hasilkan iaitu Rozita Ibrahim. Beliau merupakan anak kelahiran Sungai Besar, Selangor. Beliau adalah seorang usahawan wanita yang berjaya menghasilkan produknya Sendayu Tinggi yang berasal daripada Saneh dayo (nama sejenis pokok mengikut suku kaum ulu Pahang) yang bermakna Seni Dayung Tinggi di bawah cita sehinggakan terkenal di persada dunia. Beliau merupakan seorang penoreh getah sebelum menjadi usahawan produk tersebut. Ketabahan yang ada pada wanita ini telah berjaya dalam penghasilan produk kecantikkan. Kekuatan dan yakin ganjaran dengan kejayaan meningkatkan dirinya menjadi usahawan yang dihormati dan di segani. Justeru, nama Rozita Ibrahim tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat masa kini.

Sebelum itu, beliau menceburi bidang perniagaan secara kecil–kecilan seperti menjual rokok ketek, akhbar, majalah dan nasi lemak dengan menggunakan motosikal. Beliau tidak menghiraukan apa sekalipun pandangan orang di sekelilingnya yang sering memandang serong terhadap pekerjaan yang beliau lakukan dan sanggup menerima kutukkan dan cacian daripada orang di lain. Dalam fikiran beliau, apa yang paling utama ialah diri dan anak–anaknya. Puan Rozita kuat berpegang pada prinsipnya, “Sesiapa  yang malas berusaha dan membuang masa adalah orang yang bodoh lagi merugikan”. Bagi beliau,mencari rezeki yang halal adalah sesuatu yang perlu di banggakan dan tidak ada apa yang perlu dimalukan.

Pelbagai pekerjaan yang telah dilakukan dan berkat kesabaran beliau akhirnya berjaya mengumpulkan modal sebanyak RM 2000.00. Dengan berbekalkan wang yang ada, beliau sanggup meninggalkan anak-anaknya di kampung semata-mata ingin mengubah nasib keluarganya. Semasa penghijrahannya, beliau banyak menceburi bidang pekerjaan sehinggakan sanggup mempelajari bahasa Inggeris untuk melancarkan percakapannya yang merupakan persediaan awal baginya. Beliau juga sempat mempelajari ilmu perubatan herba melalui warga asing yang berasal dari Indonesia. Ini dapat membantu Puan Rozita meluaskan lagi pengetahuannya dalam menghasilkan produk-produk yang berkesan dan berkualiti .

Setiap usahawan mahukan yang terbaik dalam penghasilan barangan mereka dan dapat memberikan kepuasan kepada pengguna. Sama seperti wanita ini, hasrat mengubah hidup keluarga tidak pernah putus. Sehinggakan beliau dapat menghasilkan perniagaan sendiri dengan bermodalkan simpanan yang ada. Maka lahirlah nama Sendayu Tinggi yang diimpikan selama ini. Setelah 5 tahun, bersusah payah dalam mengharungi bidang perniagaan, sebagai seorang usahawan produk kecantikan atas nama yang makin dikenali, Sendayu Tinggi. Apa yang membanggakan, Sendayu Tinggi kini mempunyai 9 anak syarikat dibawahnya iaitu SENDAYU TINGGI HOLDING SDN BHD, SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN BHD, SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE (M) SDN BHD, SENDAYU TINGGI MANUFACTURING (M) SDN BHD, ST COSMETICS & FRAGRANCES (M) SDN BHD, SENDAYU TINGGI LOGISTICS (M) SDN BHD,  ST ADVERTISING AGENCY SDN BHD, ETHNIQUE FOOD INDUSTRIES SDN BHD, C MAX EXHIBITION & PROMOTION, SENDAYU TINGGI PROPERTIES & MANAGEMENT SDN BHD.

Akhirnya, beliau dapat menghasilkan barangan dan produk yang berorientasi pengalamannya dan menjadikan Lim Goh Tong dan Boon Siew Honda sebagai tokoh usahawan yang menjadi teladan dalam kehidupannya untuk meneruskan perniagaan secara efektif. Oleh itu, pengalaman juga merupakan sesuatu yang penting kerana melalui pengalamanlah kita akan dapat mempelajari ilmu baru yang masih belum diterokai.

8)    Orientasi Berpasukan ( Team Oriented )

Devito(1997) mendefinisikan kumpulan sebagai himpunan individu yang berstruktur dan berinteraksi antara satu sama lain untuk mencapai matlamat yang sama. Terdapat tiga unsur asas utama yang membentuk kumpulan iaitu matlamat, interaksi dan struktur. Tanpa unsur-unsur ini sesuatu himpunan individu itu tidak boleh dikatakan sebagai kumpulan. Napier dan Gershenfeld ( 1993) berpendapat lima hingga tujuh orang adalah bilangan yang optimum. Akan tetapi, saiz kumpulan yang optimum sebenarnya bergantung pada bentuk tugasan dan matlamat sesebuah kumpulan.

Orientasi berkumpulan amat penting dalam sesebuah perniagaan kerana secara amnya setiap ahli dalam kumpulan kerja akan berkongsi maklumat dan membuat keputusan bagi membantu menjalankan tugas dengan baik dalam bidang yang dipertanggungjawabkan. Justeru, bagi mewujudkan sebuah kumpulan yang berkesan memerlukan kemahiran berkomunikasi antara ahli pasukan.

Antara perkara yang diperlukan dalam orientasi berkumpulan adalah setiap anggota mestilah boleh menyumbang dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran untuk berkongsi iaitu keiltizam daripada semua adalah sangat diperlukan.


Salah satu contoh usahawan yang mempunyai orientasi berkumpulan dalam menjayakan perniagaannya adalah Tan Sri Dr Jeffrey Cheah Fook Ling. Beliau merupakan pengasas dan juga Pengerusi Kumpulan Sunway (Jeffreycheahfoundation.org.my, 2015). Beliau mengasaskan Sunway Group pada tahun 1974 yang kini merupakan salah sebuah konglomerat yang hebat dengan perniagaan teras dalam hartanah dan pembinaan. Tambahan pula dengan 12 bahagian perniagaan yang diwujudkan merangkumi 50 lokasi di seluruh dunia dengan mempunyai 13 000 pekerja (Sunway Group, 2015).

Tan Sri Dr Jeffrey Cheah Fook Ling sangat komited dengan kerja dan telah menyumbang kepada daya tahan luar biasa terhadap kumpulan dan kejayaan. Sebagai pemimpin, Tan Sri Dr Jeffrey juga menggunakan kerjasama bersinergi dengan Tan Sri Sabbaruddin Chik, Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia dan ahli pasukan pengurusan projek, di tapak tanah lombong yang berkeluasan 800 ekar dan kini dikenali sebagai Sunway Resort Bandar, Bandar Sunway pada tahun 1980 (Sunway.edu.my, 2015).

Syarikat Tan Sri Dr Jeffrey Cheah Fook Ling yang merupakan kumpulan Sunway telah menjadi sebuah syarikat yang berjaya (Jeffreycheahfoundation.org.my, 2015). Hal ini kerana beliau amat komited mengamalkan semangat bekerja dalam satu pasukan. Walaupun komitmen Tan Sri Jeffrey terhadap kerja berpasukan dengan pekerja hampir 13,0000, syarikat itu telah berkembang di seluruh dunia. Ini telah menjadi teras utama nilai untuk usahawan (Sunway Group, 2015).

9)    Proaktif ( Proactive )

Proaktif adalah daya usaha untuk berfikir sebelum sesuatu perkara itu berlaku. Berfikir secara proaktif memerlukan keupayaan minda membuat pelbagai ramalan untuk menjangka perkara-perkara yang belum wujud. Seseorang yang proaktif tidak menunggu sesuatu berlaku terlebih dahulu bagi merangsang otaknya berfikir. Kemahiran ini memerlukan daya imaginasi yang tajam di samping logik yang betul dan maklumat yang tepat. Kemahiran berfikir secara proaktif amat penting dalam perniagaan supaya dapat bersaing lama dalam pasaran. Dalam dunia persaingan, siapa yang nampak dahulu, dan siapa yang bertindak lebih dulu, dia akan mendapat dahulu merancang tindakan-tindakan proaktif.


Contoh usahawan yang mempunyai daya pemikiran proaktif adalah Tan Sri Anthony Francis Fernandes juga dikenali sebagai Tony Fernandes. Beliau merupakan pengasas “ Tune Air Sdn Bhd” yang memperkenalkan penerbangan tambang murah kepada penduduk Malaysia dengan slogannya “ semua mampu naik kapal terbang ”. Sikap beliau yang berpandangan jauh dan mampu berfikir dengan bijak untuk menjalankan sesuatu perniagaan di mana perniagaan yang ingin diusahakannya mestilah mencapai keuntungan kepada beliau. Hal ini demikan kerana beliau terfikir tentang perniagaan yang diusahakan kini melalui pesekitaran yang dilalui disekellingnya. Semasa beliau bersekolah di England, ibunya menyuruh beliau tidak pulang semasa cuti penggal disebabkan tiket penerbangan terlalu mahal yang membuatkan beliau terfikir untuk membuat penerbangan murah. Oleh sebab itu, beliau berhenti dari bidang rakaman muzik kerana merasakan bidang keusahawanan akan lebih memberi makna dan keuntungan kepadanya.

KESIMPULAN


Secara kesimpulannya, boleh kita nyatakan bahawa usahawan adalah seorang yang mengambil risiko memulakan atau menubuhkan sesuatu perniagaan atau perusahaan dan mengusahakannya. Usahawan adalah individu yang mempunyai ciri-ciri istimewa yang dapat membezakan mereka dengan individu lain. Individu atau masyarakat yang ingin mengecapi kejayaan seperti usahawan perlulah mendalami dan mempunyai ciri-ciri usahawan seperti yang telah dibincangkan. Terdapat mitos yang yang sering diperkatakan terhadap usahawan, namun dengan ilmu pengetahuan yang mantap, masyarakat mula sedar akan kepentingan usahawan dalam membangunkan ekonomi negara. Setiap individu berpeluang untuk mengecapi kejayaan sebagai seorang usahawan kerana ciri-ciri keusahawanan yang ada pada kebanyakan usahawan bukanlah dilahirkan secara semulajadi tetapi adalah disebabkan faktor-faktor seperti mempunyai daya inisiatif dan kejayaan yang tinggi, lokus kawalan dalaman yang tinggi serta berkeyakinan terhadap kebolehan dirilah yang menjadikan mereka begitu perkasa di persada dunia.

2 comments:

  1. PERKHIDMATAN PEMBIAYAAN LE-MERIDIAN. syarikat pinjaman yang memberi saya pinjaman sebanyak 5,000,000.00 USD Apabila pelabur-pelabur lain yang lain telah mengabaikan tawaran saya tetapi Le_Meridian Funding Service memberi saya pinjaman yang memuaskan. langsung ke pembiayaan pinjaman dan projek dari segi pelaburan. mereka menyediakan penyelesaian pembiayaan kepada syarikat dan individu yang mencari akses kepada dana pasaran modal, mereka dapat membantu anda membiayai projek anda atau mengembangkan perniagaan anda. Hubungi E-mel :::: lfdsloans@lemeridianfds.com Juga lfdsloans@outlook.com atau Tulis pada Whatsapp Nombor pada 1- (989-394-3740) Berpikir Baik,

    ReplyDelete
  2. Habanero: The Perfect Combination of Heat and Flavor
    ‎The Perfect Combination of titanium earring posts Heat and titanium watches Flavor · titanium price per pound ‎Habanero Sauce · ‎Capsicum chinense · ‎Carrot and Red · ‎Habanero Hot titanium hammer Pepper Sauce citizen super titanium armor

    ReplyDelete